Sunday, April 3, 2011

Salam Perjuangan

Assalamulaikum w.b.t

 Salam perkenalan dari ana untuk para sahabat yang di kasihi ALLAH sekalian.Munkin ini satu permulaan bagi ana untuk menulis sebuah blog sebagai satu wadah untuk ana berkongsi sedikit ilmu.Ianya munkin berkaitan info kesihatan,dakwah,kisah teladan,isu semasa dan sedikit curahan rasa hati ana.Jika di fikirkan kembali ana bukanlah seorang yang banyak ilmu bagi membicarakan soal terbabit akan tetapi ia merupakan sebuah perkongsian yang perlu difikirkan dan diteliti bersama.Teringat ana pada pesan seorang ustazah yang mengajar ana ,beliau pernah memberitahu bahawa tugas sebenar kita bukanlah hanya sebagai seorang pelajar yang mencari ilmu ALLAH yang luas di muka bumi ini malahan tugas kita juga adalah sebagai seorang pendakwah.Menjadi seorang da'ie itulah impian ana apatah lagi menuntut di dalam bidang usuluddin.Ana bukanlah seorang yang pandai menulis dan berbicara dan jika terdpata kekhilafan ana mohon tunjuk ajar para sahabat sekalian.Munkin peranan seorang da'ie ini dapat dijelaskan lagi dengan tugas sebenar kita di bumi ALLAH ini sebagai seorang khalifah.Jelaslah ayat ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 30 yang berbunyi.

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"sesungguhnya aku ingin menjadikan khalifah diatas muka bumi ini"dan mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merosak dan menumpahkan darah disana,sedangkan kami bertasbih memuji-Mu?"Dia berfirman,"sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Sesungguhnya impian ana ini memerlukan sokongan para sahabat sekalan agar ana terus istiqamah dan betul berubah dari baik kepada lebih baik,InsyaAllah.Satu kata-kata berhikmah dari abang ana yang menarik "tingkatkan prestasi ,kurangkan kontroversi".Kita sama-sama tingkatkan prestasi sama ada dari segi akhlak,sahsiah,ilmu mahupun apa jua sekali pun dan mengurangkan kontroversi yang munkin boleh membawa bencana dan musibah pada diri sendiri.

Akhir kalam,terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk menjadi pembaca blog ana yang kerdil ini.semoga para pembaca di rahmati ALLAH sekalian dengan punuh limpahan rahmat-Nya.InsyaAllah.

Wassalamulaikum w.b.t

Bila Cinta Berbicara


Untuk ruangan pada kali ini ana berminat untuk membicarakan soal cinta.Munkin para pembaca sekalian sudah lali akan perkara ini.Fitrah manusia ingin merasa di cintai dan mencintai. Apakah perasaan pembaca sekalian bila mengetahui cinta anda terbalas?? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta sahabat sekalian adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya!!! Pastinya cintaNya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dan kisah-kisah pasangan bercinta yang lain.Persoalannya disini bagaimana hendak ketahui bahawa diri para pembaca sekalian sedang dicintaiNya?.Munkin disini ia mampu menjawab semua persoalan para pembaca sekalian berkaitan tanda-tanda anda dilamun cinta.

1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.

2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri.

3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila
berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah.

7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: Hud telah memutihkan kepalaku . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud.

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku… adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.
Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.Sedikit kata-kata berhikmah yang ana perolehi semoga ia dapat menjadi manfaat semua.




"Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah, yang kiasan rindunya takkan lemah walau dihunus 1000 mehnah.

 Pada hijab rindu, terserlah pada Qalam, dialah Muslimah Acuan Quran"

Tuesday, December 21, 2010

Diet cara Rasulullah

Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah sekalian.di permulaan blog ini ana ingin kongsikan sedikit tip cara berdiet rasulullah.Munkin sebelum ini para pembaca sudah mengetahui ataupun belum mengetahui cara berdiet yang sebenar apatah lagi ianya mengikut sunnah Rasullah. 
 
Ada sedikit ilmu yg ingin ana kongsi bersama dengan para pembaca semua?
Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main makan aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila para pembaca telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg sahabat yang lain.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini . tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau para pembaca ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? anda takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
 
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
 
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya..sahabat-sahabat boleh cuba..
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
 
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. .
 
 Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam..
Sama2lah kita mengamalkannya..
WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.